BANGUNAN Bata

mencari dan mencari nilai sebenar diri, sebagai hambaNYA yang dianggap paling mulia dimuka bumi ini. mencari apa nilai tarbiyah sebenar yang diperlukan. Wahai ya Rahman ya Rahim pandu kami kejalan yang Engkau Redhai.

Wednesday, October 22, 2008

Coretan Pemilik

alhamdulillah Walhamdulillah...Syukur yang tidak terhingga atas kejayaan sahabatku dalam membuat satu lagi blog sekaligus memeriahkan lagi persada blog tanah air. Semua ini tidak akan terlaksana tanpa izin dari Allah S.W.T yang maha mengetahui tiap-tiap apa yang berlaku di atas muka bumiNYA ini.

kolum ini wujud adalah bagi mencari jawapan-jawapan kepada persoalan-persoalan yang berkaitan dengan TARBIYAH (ruhhiyah). apa itu tarbiyah dalam konteks kita sebagai seorang makhluk Allah di bumiNYA ini.

dunia kini yang begitu menonjol kecelaruan dek kerana tangan-tangan kotor manusiawi yang tidak pernah tahu akan 'halal' dan 'haram', 'ma'aruf' dan 'mungkar', dan mereka hanya tahu akan perkataan 'KEPUASAN NAFSU SERAKAH'. justeru itu, dalam kita ingin melahirkan kader-kader yang membawa misi da'wah, perlulah diisi dengan tarbiyah yang bersifat menyeluruh dari konteks faham ISLAM dan faham musuh Islam.

oleh yang demikian bantuan dari segi idea-idea serta pandangan yang kritikal dan kritis amat dialu-alukan. mungkin saja kolum ini boleh dijadikan sebagai medan untuk kita berdiskusi mengenai isu-isu yang membelenggu kita dalam mencari nilai sebenar TARBIYAH itu.. namun haruslah juga kita ingat jangan sampai blog ini dijadikan sebagai medan untuk mnunjukkan hujah siapa terhebat dan lansuntg tidak boleh menerima teguran-teguran bersifat membina daripada sahabat-sahabat.

apa pun harapan kami agar teknologi yang diAnugerahkan kepada kita dapat kita gunakan sebaik yang mungkin dalam kita membina jati diri serta mengislamisasikan jiwa kita sebagai umat Islam. terutama mereka yang mempunyai matlamat hidup 'Islam Panduan Hidup' ataupun 'The Way Of Islam'

0 comments: