BANGUNAN Bata

mencari dan mencari nilai sebenar diri, sebagai hambaNYA yang dianggap paling mulia dimuka bumi ini. mencari apa nilai tarbiyah sebenar yang diperlukan. Wahai ya Rahman ya Rahim pandu kami kejalan yang Engkau Redhai.

Friday, October 24, 2008

Suatu Kehidupan

Hidup bagaikan suatu putaran roda yang kadang berada di atas dan kadang berada di bawah. Setiap manusia yang hidup di bumi Allah ini pasti pernah melalui proses-proses kehidupan begini. Tidak kira sama ada dia itu seorang pemimpin ataupun hanya bergelar rakyat jelata. Perkara sebegini juga kita kenali sebagai takdir dari yang Maha Esa dan berupa ujian kepada setiap hambaNYA di dunia. Bagi yang beriman Allah mengujinya sejauh mana keimananya kepadaNYA. Bagi yang lalai pula menganggap apa yang manis itu sebagai kejayaannya dan yang pahit itu sebagai kegagalannya.

Ah! Begitulah umat manusia di dunia kini. Mengejar nama, harta, dan jawatan adalah impian majoriti individu. Hanya minoriti individu sahaja yang ingin mencari redha Allah S.W.T untuk dibawa menghadapNYA kelak. Banyaknya umat Islam kini, hanya tahu mempergunakan nama Islam demi untuk mengecap kejayaan secara peribadi dan bukannya berjuang untuk agamanya. Kejamnya dunia pada masa ini! sehinggakan terkadang kita jua terkeliru mana satu teman seperjuangan dan yang mana satu musuh dalam selimut.

Pada masa ini, dimana-mana saja perpecahan antara umat Islam berlaku. antara Syiah dan Sunni di Iraq, antara Fatah dan Hamas di Palestin, antara kerajaan Afghanistan dan puak Taliban dan banyak lagi. Begitulah kita kini, Islam tidak lemah namun umatnya yang membuatkan Islam itu kelihatan lemah.

Walaupun luahan kekecewaan sebegini sering saja kita dengar dan baca, namun ianya tidak akan pernah hilang selagi mana puak-puak munafik yang berselindung disebalik Islam masih saja berleluasa. Namun dalam pada membentangkan kekecewaan demi kekecewaan, perjuangan membantu agama tercinta ini mesti diteruskan. Hatta kudrat kita ini tidak sekuat yang mana. Jika mahu ditunggu kesatuan baru kerja-kerja Islam dilaksanakan, maka kita sebagai hambaNYA pasti akan menemui kerugian yang maha dashyat.

Semoga kita sebagai golongan muda yang sememangnya berjiwa muda akan menjadi individu yang berada di saff hadapan dalam mendepani dan menangkis seboleh yang mungkin virus-virus yang datang untuk menyerang benteng-benteng umat Islam. Sesuai dalam Warkah Cinta Allah yang ditujukan kepada kita bertajuk as-Saaf dalam ayat yang ke-4

sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalan-NYA dalam berisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.

Wahai teman-teman seusia dan golongan muda sekalian, ayuh! Sama-sama kita menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam bidang yang diambil dan dapat menjawab peperiksaan bagi mendapatkan markah yang cemerlang demi mengelakkan fitnah terhadap golongan penuntut Islam. Sesuai dengan imtihan yang bakal kita hadapi dalam masa terdekat ini.

0 comments: