Menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan ikhtilat, memang ia sesuatu yang sukar untuk dibincangkan dengan lebih lanjut terutama bila berlaku muamalah antara muslimin dan muslimat dalm grak kerja jemaah. Lebih-lebih lagi bila ilmu belum diterokai sepenuhnya berhubung bidang ini. Akhirnya, gerak kerja menjadi lembab bahkan sayap kiri dan kanan tidak selaras dalam merancang sesuatu yang bermanfaat untu Islam. Semua ini bila tidak faham dan kurang ilmu tentang masalah ikhtilat. Apa pun, kita renungkan pula satu lagi isu yang wujud berhubung ikhtilat seiring dengan perkembangan teknologi. Mungkin ada pendapat yang berguna daripada sahbat2 berhubung isu ini....
Makna Singakatan:
YM = yahoo mesenger
YG = Yahoogroups
Al-amin = sekolah islam al-amin
banat = perempuan
banin = lelaki
fasa = former al-amin school association (alumni skolah)
ana = saya
KES:
Td ana bru sahaja terchatting bersama salah seorg daripada banat x- amin, ahli YG fasa kita. (Ana ditegur oleh dia, dan apabila ana menta'aruf diri ana sbg seorg banin, maka dia terus berhenti dari meneruskan perbualan, dgn katanya "xpelah xnk sembang dgn bnn". Ana setuju, kami masing² menghentikan perbualan. begitulah berakhirnya).
ANALISIS KES:
1. Banat yg berkenaan dgn kefahaman yg dia miliki berusaha utk mengelakkan daripada berlakunya ikhtilat tak syar'ie.
2. Ikhitlat yg kita semua cuba elakkan adalah ikhtilat tak syar'ie. Tapi ana tak pasti, adakah semua dikalangan kita memahami tentang apa yg dimaksudkan dgn ikhtilat tak syar'ie ?. kerana di sana terdapat ikhtilat Syar'ie yg dibenarkan oleh syara'.. yg hukumnya jatuh menjadi harus.
3. Apakah keadaan dan status medium YM yg kita gunakan dalam Muamalah bighairi an-Nazhar baina mukhatabatain fa aksar, baina Rijal wa Nisa' (komunikasi tanpa melihat antara dua communicator atau lebih, antara lelaki dan perempuan), adakah dikira sebagai medium ikhtilat tak syar'ie atau ikhtilat syar'ie ?
4. Jika YM ini adalah medium bagi ikhtilat tak syar'ie antara lelaki dan perempuan ajnabi atau bukan mahram, maka apakah boleh kita menggunakannya? apakah bezanya antara YM dan YG?, yg keduanya² merupakan wasilah berkomunikasi atas dasar sms dan emel, dgn perbezaan YM (komunikasi secara langsung) manakala YG (komunikasi secara tak langsung).
Jika YM merupakan medium ikhtilat tak syar'ie maka YG juga jatuh hukum ikhtilat tak syar'ie? Kerana dalam YG juga berlakunya hubungan komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram. (ini adalah pendapat yg agak syadid, menolak penggunaan kedua²nya secara total dari konteks asasnya tanpa ruang toleransi).
5. Perbezaan kedua; YM merupakan bentuk komunikasi personal dan privacy antara 2 individu manakala YG komunikasi dalam bentuk umum lebih daripada dua individu. Dalam erti kata lain YM blh dikira sebagai medium berdua²an ikhtilat tak syar'ie yang dilarang oleh Islam. manakala YG terkeluar daripada kondisi berdua²an kerana komunikasi yg berlaku walaupun antara lelaki dan perempuan bkn mahram, ianya diketahui umum. (Ini adalah pendapat yg mu'tadil, tak brp syadid, memberi ruang toleransi dan membezakan secara jelas konteks asas penggunaan YM dan YG)
6. Dalam sudut yg lain, pendapat yg membenarkan penggunaan YM dengan mengatakan bahawa YM tak termasuk dalam medium tak syar'ie dgn berpegang bahawa ikhtilat tak syar'ie hanya berlaku apabila perbualan itu terdapat unsur² yg tak baik. Jika perbualan itu berkisar ttg perkara² asasi dan umum seperti: kabar sihat sakit, pengajian, kerja dsb serta tak meleret² tanpa tujuan maka ianya adalah dibenarkan.
PENJELASAN:
Dalam masalah ini, kita mempunyai beberapa pilihan berdasarkan beberapa qaedah fiqhiyyah;
1. Pilihan pertama: kita menolak secara total komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram via YM berdasarkan qaedah 'Saddu az-Zara'ie'. (menyekat atau menolak segala punca berlakunya ikhtilat tak syar'ie kerana dikhuatiri kita tak mampu mengawalnya jika dibiarkan berterusan). qaedah ini agak syadid dalam konteks muamalah alam maya.
2. Pilihan kedua: kita tidak menolak secara total komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram via YM berdasarkan qaedah 'La Tafrit Wa La Ifrat '. (Tidak terlalu longgar dan tidak terlalu melampau). Melalui qaedah ini kita mengawal perbualan kita supaya tidak meleret² tanpa hala tujuan dan terkeluar dari maslahat asasi dan umum. KIta tak terlalu syadid menolak penggunaan YM sehingga menolak qaedah 'al-Aslu fil Asyya' al-Ibahah' (Asal sesuatu perkara itu adalah harus atau dibolehkan).
sebenarnya ada byk lg perbahasan dan bermacam² qaedah fiqhiyyah yg menyentuh bab muamalah antara lelaki dan perempuan bukan mahram secara umum mengikut jumhur. cuma ana hanya menyentuh berdasarkan skop asas maslahah sahaja tanpa huraian lbh dalam.
KESIMPULAN:
Ikhtilat dalam Islam terbahagi kepada 2: Ikhtilat Syar'ie dan Ikhtilat Tak Syar'ie.
Ikhtilat Syar'ie dibenarkan oleh Islam berdasarkan hukum harus iaitu khusus kepada sebarang bentuk muamalah maslahat umum selagi mana tidak bercanggah dgn Al-Quran dan As-Sunnah.
Manakala Ikhtilat Tak Syar'ie adalah dilarang oleh Islam kerana jelas bercanggah dgn Al-Quran dan As-Sunnah.
Maka, kesimpulannya terpulang kepada kita untuk menggunakan mana² qaedah yg dirasakan terbaik dan sesuai bagi diri masing². Samada syadid atau mu'tadil, keras atau bertolak ansur, kerana Islam adalah agama yg mudah dan tak membebankan berdasarkan syarah atau huraian sebuah Hadis Sahih yg juga merupakan salah satu daripada qaedah utk kita beramal dgn agama Islam ini: al-Akhzu bil Yasir wa Tarku at-Ta'siir. (Ambil yg hukum yg ringan dan tinggalkan hukum yg berat demi kemaslahatan diri kita).
Sila respon demi maslahat bersama...
waAllahu'alam bi ilmin Zaid 'Ala Zatih.
Muhammad Abdul Rahim b. Kamarul Zaman
Bicara dari Hayyu 7 Madinah Nasr,
Batch 2 Sek Islam Al-Amin Bangi,
Final Year, Usuluddin, major Theology and Philosophy
Uni. Al-Azhar, Cairo.
-dipetik dr forum.purebase.com-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Bangunan Bata
- Tanah ALLAH, Bumi ALLAH
- Mencari dan mencari nilai sebenar tarbiyah yang diperlukan. bertatih dan terus bertatih mencari redhaNYA. Ya Allah bantula Kami dan Pandulah hidup kami menuju redhaMu. 'Tarbiyah membina kekuatan Ummah'.
Tarikh Hijriah
Masa
Bangun wahai perwira agama!
Lokasi Pengunjung
GAMIS
MARSIS

0 comments:
Post a Comment